Monday, February 20, 2012

tenanglah wahai hati...

just sharing...

Tenanglah wahai hati..tenanglah wahai engkau yang telah merasa segala pahit getir kehidupan. Puas sudah aku memujukmu. Tapi mengapa masih dibelasah gelisah? Entah apa lagi yang tak kena.

Hawa diciptakan dari rusuk Adam
Bukan dari kepalanya untuk menjadi atasannya
Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk dilindunginnya
Dan dekat pula dengan hatinya untuk dikasihi,disayangi dan dicintainya
Bila dua jiwa mencintai Ilahi
Bergabunglah jiwa bersatulah hati
Dua jiwa satu cintaDua jasad satu matlamat
Bila cinta kerana Allah
Berpisahnya tidak gelisah
Bila rindunya kerana yang Satu
Bertemunya pasti tak jemu!
Ukhwah itu indah
Bila bertemu dan berpisah kerana Allah..
Janji Allah pasti benar.
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
Dan bila suatu cinta itu berlandaskan cinta pada yang Esa, kehidupan dirasakan bahagia..
Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
Dan sebaik-baik pemuda disisi Allah adalah yang berbekalkan ilmu dan taqwa.

KASIH & SAYANG adalah anugerah Ilahi yg perlu disyukuri
Justeru itu, hiasilah ia dengan 'MAHABBAH ISLAMIAH'
Disitu letaknya ketulusan hati

No comments:

Post a Comment