Tuesday, February 21, 2012

Doa Buat Suamiku...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku
perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran
yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan
fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat
keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata
nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi
segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan
Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan
untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg
akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha
atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara
untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk
dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang
terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-
kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang
dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi
segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan
bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik
untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan
keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap
nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang
terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam
tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan
diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah
rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala
cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala
harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan
duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi
cabara nMu
Kerana pendek akal ku mengharungi
ujian Mu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang
dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

No comments:

Post a Comment